Syarat Kelayakan

Untuk memenuhi syarat mendapatkan rebat tunai, Peserta perlu mencapai ambang tertentu volum dagangan forex pada setiap bulan kalendar.

Peserta boleh mendapat rebat dari $0.25 hingga $0.75 untuk setiap lot standard yang diperdagangkan setiap bulan kalendar, bergantung pada peringkat yang telah mereka capai.

Sistem Peringkat dikira seperti yang berikut:


Volum Didagangkan Bulanan (dalam Lot) Rebat Untuk Setiap Lot Didagangkan (USD)
Peringkat 1 0 – 1000 0.25
Peringkat 2 1001 - 3000 0.50
Peringkat 3 3001 dan ke atas 0.75

Contoh:

Jumlah volum dagangan FX anda untuk bulan ini berjumlah 2000 lot; yang termasuk di dalam Peringkat 2. Kadar rebat Peringkat 2 ialah $0.50 untuk setiap lot yang didagangkan pada bulan tersebut.

Rebat bulanan anda dikira sebagai USD$1,000 (2000 x $0.50).

Rebat tunai yang diperoleh boleh dikeluarkan sebagai tunai atau digunakan untuk membuka dagangan baharu.

Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan Peserta dalam minggu pertama bulan kalendar berikutnya.

Untuk layak menyertai Promosi ini, Pelanggan mesti mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pelanggan Baharu mesti membuka akaun dagangan baharu (dikhaskan untuk Kempen Rebat) di Kawasan Pelanggan selepas menyerahkan dokumen pengenalan yang diperlukan untuk mengesahkan akaun Kawasan Pelanggan. Pelanggan Sedia Ada mesti membuka akaun dagangan MT4/MT5 live yang baharu.
  2. Peserta perlu mendeposit minimum USD $200 atau amaun setara* dalam mata wang lain (pembayaran sekali sahaja):
EUR 170.0
PLN 770.0
GBP 145.0

*Amaun setara indikatif dengan USD$200 dalam mata wang lain.

Jumlah rebat tunai maksimum yang boleh diperoleh oleh peserta semasa kempen ialah USD $5,000.

Jumlah pembayaran rebat minimum ialah 1 USD. Sekiranya jumlah rebat kurang dari 1 USD, ia akan dibatalkan dan tidak dibawa ke bulan kalendar berikutnya.

Setiap Peserta hanya dibenarkan untuk mempunyai satu (1) akaun dagangan MT4/MT5 (untuk Promosi).

Pemindahan dalaman antara akaun MT4/MT5 atau pengeluaran dana melalui akaun PSP tidak akan dianggap sebagai deposit baharu minimum dan akan dinyahaktif pada akaun Promosi selama tempoh Promosi. Walaupun begitu, Peserta boleh memindahkan dana dari Akaun Promosi ke Dompet dan kemudian dari Dompet ke akaun perdagangan yang berkaitan.

Rebat tunai hanya tersedia untuk urus niaga pertukaran mata wang asing (Forex) sahaja.

Promosi ini hanya tersedia untuk Pelanggan yang berdaftar dengan Tickmill Ltd (entiti dikawal selia FSA SC), Tickmill Asia Ltd dan Tickmill South Africa (Pty) Ltd.

Promosi ini tidak boleh digabung dengan promosi lain.

Promosi ini hanya terbuka untuk individu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perdagangan FX dan CFD.

Pekerja atau wakil (atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan atau rakan kongsi atau ejen) Tickmill tidak dibenarkan menyertai Promosi ini.

Deposit yang dibuat di luar tempoh Promosi tidak akan dipertimbangkan.

All deposits starting from 5,000 USD or equivalent, processed in one transaction by bank wire transfer, are included in our Zero Fees Policy. (Click here for more information). Note that the bank fees refund will be transferred to your wallet and therefore can't be used as additional funds for the rebate campaign.

Terma-terma Lain

Tempoh Promosi bermula pada September 13, 2021 pada 00:00 waktu pelayan (GMT+2) dan berakhir pada Mac 14, 2022 pada 24:00 waktu pelayan (Waktu Pelayan MT4 GMT + 3).

Peserta boleh memantau rebat mereka secara langsung di Kawasan Pelanggan.

Tickmill Ltd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian dagangan yang anda tanggung berkaitan Promosi Rebat ini. Berdagang CFD adalah aktiviti berisiko tinggi dan kerugian anda berkemungkinan akan lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Tickmill berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta daripada Promosi ini, jika terdapat kecurigaan salah guna atau salah laku.

Tickmill berhak untuk mengubah Terma Promosi atau membatalkannya pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Bahasa Terma dan Syarat ini adalah dalam Bahasa Inggeris.

Tickmill boleh menyediakan Terma dan Syarat dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris. Versi Terma dan Syarat yang diterjemah adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak mengikat secara sah.

Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidaktekalan antara Terma dan Syarat versi Inggeris dan terjemahan, versi bahasa Inggeris akan menjadi versi yang mengawal selia dan diutamakan.